Sunday 31 May 2009

Berbasikal ke Port Kobe

Ini kali kedua ke tempat ni.. masa mula2 pegi terlupa nak bawak kamera.. time tu pg ngan armando jer.. ambik gambar pakai kamera dia je la.. tak sempat nak copy lagi.. tapi kali kedua ni bawak kamera sendiri dan juga merangkap pemandu pelancung kepada para pelancung dari laos.. 4 org pergi ke sana dan naik 4 basikal.. jepun panggil jitensha..

Ni la pelancung2 dr laos tu..


Sungguh sebok depa ni dok bergambar..


Tempat dah pergi, tak berapa ada mood nak ambik gambar.. tapi.. ambik je lah sikit lagi.. hahahaha..


Letih menunggu para pelancung bergambar.. baring la kejap..


Sambil2 tu, ada budak sorang tu dok tunjuk apa ntah.. tengok takdak apa pun.. sekali aku karate kang budak ni.. tapi.. mak bapak dia plak ada..


Ni la kenderaan yang digunakan.. boleh dipinjam dari JICA.. takyah bayar.. best ooOOoo.. ada 3 gear tuu..

Aktiviti bergambar dalam ferris wheel...

Lepas je kuar daripada aquarium osaka.. takde tempat lain dituju.. terus je pakat2 semua nak naik ferris wheel.. bayarannya 700 yen... bantai je la.. bukan selalu boleh naik ferris wheel kat jepang... ni la antara aksi gila bergambar dalam tu.. sampai bergoyang2 sebab asik dok gerak2 ambik gambar..

Bergambar ngan awek tiket..


Apa lagi.. pakat2 bergaya la..



Mujur la ada sorang org laos tapi kursus lain pun ikut sekali.. apa lagi.. pergunakan sebaiknya.. cepat..cepat.. group photo.. ambik gambar.. hahahaha..


Dan sekali lagi dia jadi mangsa.. jurugambar percuma..


Terima kasih Pat-san.. hehehe..


Sebelum balik.. berlaku sedikit pergaduhan.. tapi takde sapa yang cedera.. alhamdulillah..


Last sekali.. singgah kat pasaraya hep five.. cuci mata..

Wednesday 27 May 2009

Jalan-jalan Osaka Akuarium Kaiyukan

Hujung minggu lepas.. mcm biasa.. plan jalan2 perlu diatur dengan sebaiknya.. hehe.. kali ni trip ke akuarium osaka kaiyukan.. adik beradik aquaria klcc la.. lebih kurang, tapi rasanya lagi besar.. dia ada 8 tingkat kalau tak silap.. kesimpulan trip.. suksesss!!!

Ni sorang lagi awek sign board.. sepanjang jalan nak ke tempat tu ada awek mcm ni.. cun siut..


Ni gambar ferris wheel berhampiran dengan akuarium tu... nak naik ke tak ekk.. hmm.. tunggguuuuu...


Akhirnya sampai ke akuarium tu.. apa2 pun.. kena bergambar ngan awek signboard dulu..


Ni la rupanya akuarium tu..


Ni entrance ke dlm akuarium tu..


Antara spesies terkurung dalam akuarium tu...













Setakat ni dulu gambar2.. tak sempat nak upload.. ada hal pulak.. hehehe.. esok2 la pokcik update yer.. lepas kuar akuarium tu ada tempat menarik lain pulak diterjah.. hmmm.. tunggu....

Friday 22 May 2009

Majlis Penganugerahan Sijil Bahasa Jepun

Hari ni tamatlah sessi kursus intensif bahasa jepun bagi menggantikan kursus ip network yang dibatalkan selama seminggu kerana wabak influenza H1N1 kat area kobe nih.. setakat ni.. dah 168 kes kat area ni saja.. setakat sampai pkl 7 malam td.. dari berita kat tv jepun.. keseluruhan jepun ada 313 kes.. hahaha.. hari2 layan tv cerita jepun.. sampai boleh paham berita dia daaa... hahahahah...

Sebelum dapat sijil.. kena la test dulu boleh cakap jepun ke idak.. ni la sedikit selingan pokcik dok kecek jepang... boleh la sikit2.. tak pakai skrip tu.. huhuhu..


Ni antara gambar masa majlis penganugerahan tu.. sijil dia nantilah pokcik update ye..


Pelajar cemerlang bahasa jepun tengah terima penganugerahan.. hahaha... tak sia2 belajar bahasa jepun kat INTAN sebelum nih... terima kasih INTAN.. kehkehkeh..


Bergambar dengan Ebisu sensei.. kecik je orangnya.. dlm gambar tu nampak muka jer..


Ni sorang lagi sensei.. Hatakeyama sensei.. Dia ni garang sikit.. asik moo ichido.. moo ichido.. cakap tak jelas sikit jer.. moo ichido.. moo ichido.. korang cuba la teka apa itu moo ichido.. sapa betul, dapat selipar jepun... Gambar ni ambik lepas masing2 dapat sijil...

Wednesday 20 May 2009

Jalan-jalan Motomachi

Hari ahad lepas.. jalan-jalan lagi.. tapi time jalan2 tu hari hujan.. tak berapa nak boleh jalan.. pi jalan2 area motomachi.. pegi naik tren.. dia kat jepun mmg sharp timing dia.. kalau 9:47 dia punya schedule.. mmg 9:47 dia sampai dan bertolak... mmg respect...

Ni la jadual tren yg paling dekat ngan JICA Hyogo..


Chinatown kat motomachi.. kat mana2 negara mmg ada chinatown ker? entah lah..


Bergambar dengan pelakon top masa kini dari Laos.. Mr. Nok nama dia..


Ada Bruce Lee sesat kat Jepun.. Mau gaduh ka.. tunggu kat simpang...

Keselamatan harus dijaga.. topeng tu mesti.. hehehe.. Ni kat area kedai2 kat motomachi..



Interprem sikit.. lari topik.. Ni gambar sensei bahasa jepun.. Miyamoto san.. Ni last dia ajar bahasa jepun.. lepas ni tak jumpa dah.. sayonara sensei..

Monday 18 May 2009

Emergency Alert Di Kobe

Hmm.. dua hari takleh buat apa2.. sebab kena perintah berkurung untuk keselamatan diri masing2.. hahaha.. tadi pg dah pergi ke osaka utk attend kursus.. dok tak sampai 15 minit.. balik semula ke jica hyogo (kobe).. sebab kursus dibatalkan selama sekurang2nya 1 minggu disebabkan oleh H1N1 nih.. hari sabtu hari tu 3 org kena, hari ni dah 96 org kena.. cepat jugak merebaknya.. so, minggu ni takde la kelas.. tapi digantikan dengan kelas intensif bahasa jepun.. dari 10 pagi sampai 4 petang.. layan bahasa jepun ajer lah.. ip network entah ke mana... hahaha..

Source From : http://www.city.kobe.lg.jp/foreign/english/index.html
Emergency Information
Regarding the Outbreak of Pandemic Influenza (Swine Flu) in Kobe

Responding to the outbreak of pandemic influenza in the city, we have decided to take the countermeasures as follows.

* Kindergartens, elementary, junior high and high schools, and schools for challenged in Higashi-Nada, Nada, Chuo, Hyogo, Kita and Nagata Wards are closed until May 22nd.
* We ask private schools, universities, prefectural schools in the above mentioned wards and schools in Ashiya City to close until May 22nd.
* All the school trips and outside activities planned before May 22nd are postponed.
* We also ask day-care facilities such as nursery centers, centers for senior citizens and challenged to close until May 22nd.
* The Kobe Festival slated for May 17th will be cancelled as multiple pandemic influenza infection cases are suspected.
* Public facilities run by the City and city-affiliated organizations are open announcing their users to be cautious about hygienic control. We ask private facilities to be cautious too.
* We open new consultation counter for general public.
* More telephone lines at Kobe Fever Heat Counseling Center are added on and be available around-the-clock.
* Kobe City Hall and all the municipal facilities are operated as per normal.

We ask the citizens and corporations voluntarily restrain from unnecessary outgo and wear masks and wash their hands.

In the case you have a suspicious symptom of influenza infection such as fever or a cough, please do not go to a hospital but call the Kobe Fever Heat Counseling Center first (080-6115-9901).

Friday 15 May 2009

Prelimenary Exam & Istana Osaka [15 Mei 2009]

Hari ni ada exam.. org jepun tak test dulu nak tgk tahap macam mana.. ok lah soalannya.. dia nak prepare nak ajar mcm mana.. tapi.. takde gambar masa exam.. lepas je exam.. pi jalan2.. release tension.. hahaha.. sambung upacara jalan2 kat osaka.. melawat istana osaka.. jom tengok..

Pemandangan istana tu dari luar..


Harga tiket nak masuk melawat istana.. 600 yen.. takpa.. jica sponsor.. hahaha..


Sessi penggambaran dari tingkat atas istana..


Antara model2 pakaian perang jepun yg boleh dibeli.. hm... mahal jugak harga dia..

Ni antara barang cenderahati yg boleh dibeli... tgk jer.. tak beli pun..


Sekalian ahli produksi yang terlibat dalam menjayakan penggambaran ini.. terima kasih diucapkan kepada semua..

Job report presentation & dohtonbori... [14 Mei 2009]

Hari ni ada job report presentation.. kena present kat org jepun.. yg tak best nya.. kita cakap sebaris, kena translate sebaris.. tu yg lambat nak abis.. hmm.. layan je lah..

Sessi memperkenalkan diri.. kena cakap jepun... konnichiwa.. hajimemashite.. sani desu. Malaysia no kuala lumpur kara kimashita. Shogoto wa kishocho no IT gi kan desu. dozo yoroshiku onegai shimasu.


Sessi bergambar dengan para lecturer yang tgk pembentangan tu dan jugak akan mengajar nanti.. Ada sorang yang tua sikit, kat tengah2 tu.. grandpa san.. dia siap buat pelekat nama utk semua peserta dan lekatkan kat mug utk kegunaan peserta kat tempat kursus.. arigatoo gozaimasu grandpa san.. hait..


Sebelum presentation tu, kitaorang jalan2 dulu kat osaka, area dohtonbori.. layan la jugak.. Yang gambar ada ketam tu, dekat2 area tu je ada 3 kedai yang sama.. franchais dia kat situ.. mesti sedap nih.. ketam bapak besar..


Area2 kat dohtonbori tu, ada tempat naik mcm eyes of malaysia tu.. tapi time tu tak jalan lagi... petang kot baru beroperasi..


Org jepun cakap, tempat ni femes dengan signboard org lari angkat tangan ngan kaki sebelah tu.. femes punya pasal.. ambik la gambar sekeping..


Ni adik kungfu panda.. sebab tak diterima berlakon dlm filem.. dia bukak bisnes makanan jer.. sempat menjeling lagi tu masa nak ambik gambar.. bukannya dia nak tgk kamera.. sekali aku kungfu kang.. ishkk...


Ni sorang lagi awek signboard.. awek dohtonbori... huhuhu.. byk kedai jual takoyaki.. nak makan, tapi was2.. hmm.. nanti makan takoyaki kat mid valley je lah..

Wednesday 13 May 2009

Konnichiwa!!!! [13 Mei 2009]

Hari ni aktiviti tak berapa best.. orientasi kat tempat kursus je.. paling tak best.. dia bg taklimat dlm bahasa jepun.. pastu koordinator translatekan.. adeii.. letihhh.... patut la lama kursus sampai 2 bulan.. nak translate je dah sebulan.. hahaha..

Pemandangan dr bilik.. tingkat 7 bangunan jica hyogo.. kalau la ada pancing.. hmmm..


Kat stesen keratapi.. ada tempat khas untuk perempuan je naik tren.. jgn ngada2 nak tunggu tren kat situ.. woman only!!! kat malaysia pun patut buat mcm nih.. mcm sardin kat dlm tren.. elok asing2kan..


Inteprem dlm tren...


Bergambar ngan org NTT jepun...


Contoh slide yang dia dok cerita.. NGN wa nan desu ka? hahaha.. cari la sendiri ye..


Mula2 masuk bangunan NTT.. kena jadi mark of zorro..


Ni masa perasmian kursus.. Org jepun pakai spek yang sihat sikit tu pernah dok kat malaysia 2 tahun setengah.. dia dok kat ipoh.. ada research ngan jabatan haiwan.. makanan kegemaran dia kat malaysia.. nasik lemak.. hehehe..


Lagi mark of zorro..


Ini 3 musketeers nak jadik mark of zorro..


Ni kedai mcm 7 11.. takat nak beli air boleh la.. lain2.. dame desu!!! huhuhu..